Dengarkan Lagu

Pengikutku

Kisah Tauladan

Aku nak berkongsi satu kisah yang aku bace ni..kisah nabi Ismail
"Ganti Daun Pintu"
. Semoga jadi iktibar untuk kita semua ye. Antara petikan kisah ini ialah


" walaupun nabi Ismail sudah menjadi dewasa dan telah berkeluarga, Nabi Ibrahim ayahnya tidak lupa menjenguknya sekali sekala bila ia sudah rindu kepada puteranya. Pada suatu ketika dalam kunjungannya ke Makkah, datanglah nabi Ibrahim menjenguk Ismail di rumahnya tetapi ia hanya dapat bertemu dengan isterinya, kerana nabi Ismail pada masa itu tidak ada di rumah. Dalam percakapan dan atas pertanyaan nabi Ibrahim, isteri nabi Ismail berkeluh kesah tentang keadaan rumahtangganya dan kehidupan sehari-hari yang melarat, sehingga ia tidak dapat menjamu tamu tuanya itu dengan sesuatu hidangan. Nabi Ibrahim lalu meminta dan berpesan kepada anak menantunya agar menyampaikan salamnya kepada Ismail dengan disertai nasihat supaya

ambang pintu rumahnya perlu diubah dan diganti"


Kesimpulannya buat sahabat-sahabat sebagai peringatan bersama, kita janganlah sewenangnya mengadu perihal rumah tangga sekalipun mereka adalah ibu bapa, saudara mara mahupun kawan karib kerana mereka adalah musuh yang hendak menghancurkan rumahtangga anda. Jadi apepun moral of the story untuk peringatan aku nih yang bakal berkahwin (huhu) kenalah jaga kerahsiaan suami isteri walaupun ribut topan yang melanda kerana

"sesungguhnya jihad seorang isteri itu adalah menjaga suaminya dengan baik"
- maksud sabda Rasulullah s.a.w

0 Comments:

Post a Comment



Perhatian!!