Dengarkan Lagu

Pengikutku

4 Syawal 1430 H..kenduri kawen pasangan adibah dan shuhaszram.. keduanya merupakan kenalan aku di USIM..seronok bile dengar kawan2 kawen dengan kawan2..apepun aku doakan pasangan ini bahagia ke akhirnya..


Jom scroll gambo!!


Pasangan bahagia..sama2 cantik dan sepadan :)



Im,alang,aku,shu,adib dan ex-SMAKJ

Aku dan Im posse sementara tunggu pengantin salin pakaian untuk makan beradab

Pengantin baru nak duduk, aku dan im bergambo tak abis2 lagi,huhu




7 Syawal telah tibe..ha ni mmg wedding kawan baik aku..namenya UMMU HANI ..aku dah dilantik menjadi pengapit????oh noo..bukan pengapit tapi juru gambar,huhu..takpe lagipun aku memang minat amek gambo nih tapi segan sebenarnya.. 6 Syawal je aku sekeluarga dah bertolak pi seremban dan family aku menginap di hotel sri senawang..nasib baik harga berbaloi-baloi..kalo tak, tido masjidla jawabnya,huhu..

Wah memang cantik kawan aku sorang nih..dalam kete nak pi nikah di masjid..berdebar-debar sebelum bergelar isteri kepada naim,hehe

Alhamdulillah..selesai segalanya dengan sekali lafaz..mabruk alaik!!


Kenangan bersama...aku, suhana, ummu, kreen dan nurul

Jelingan manja dari pasangan UMMU HANI & SYAIFUL NAIM,huhu


Sebelum aku berangkat pulang..bergambo dulu ngan pengantin wif my family

Amni Hanani..kiut betul baby ni..anak cik Pah :)

Walaupun aku photographer..tapi nyempatla gak bergambo gn kengkawan yang dah lama sangat tak jumpa dorang nih..miss sangat2 gn kawan2 sume :)

Jom tengok aku!!


Wif kreen..nilah kawan aku yang bakal melangsungkan majlisnya bulan november nih :)


Ha..kawan aku yang sorang ni namanya ayun from s'pore..mmg terperanjat sangat n so amaze jumpa dia..dah kurus woo..makin cantik..em ape rahsianya??secret :)

Wif cik Pah..ha ni pun kawan aku yang dah dapat baby..kiut miut mcm ibunya tau..aku tak reti sangat pegang baby 2 bulan nih..tengok muke baby pun sedih bile aku pegang,huhu


hehe..jumpa lagi gn anak sedare aku ni..Im gelakkan aku sebab pakai baju same gn jumpa di kenduri umah adib,hoho

Syawal Menjelma 1430 H

Ramadhan Karim dah berlalu dan Syawal Mubarak menjelma lagi..Kali ini aku beraya dalam keadaan sederhana walaupun gaji pertamaku dah masuk,huhu..

Syawal pertama, seperti biasa kami sekeluarga akan berkumpul dan bersalaman dengan mak abah..em manja tak posse mak n abah aku :)



Abah dan mak..akak minta maaf di atas segala salah dan silap..wooo tak nangish yer


Buat kali pertamanya aku memberikan duit raye kepada kedua orang tuaku..emm bahagia rasenya dapat bagi duit raya kat mak n abah merangkap gaji pertama ku setelah bergelar GST


Aku dan alang bermanjaan sempena Hari Raya!!


Aku dan eca bersalaman sempena Hari Raya!!


3 minah Kg Dusun buat posse menarik sempena Hari Raya!!huhu


Pagi syawal..seperti biasa kami sekeluarga pulang ke kampung di tmn Makmur (walaupun kampung belah abah di bandar,huhu) dan belah mak di pt Jawa..

Family belah abah berkumpul di pagi Syawal..bergambar bersama nenek aku yang buat kali pertama beraya tanpa atuk,cedeyyy


Aku dan atuk bukit..cian tangan atuk tgh sakit..akak doakan atuk cepat sembuh ek


Kami sekeluarga beraye di rumah bob dan pak apin..

Aku dan eca bergambo bersama syamil,anak bob merangkap my little cousin



Bergambo bersama shima dan hakimi di rumah pak apin



Dalam beraye umah sedara,kawan-kawan pun ada datang beraya..aku tak rase pun raye ni ramai kawan datang, sekali ramai daa..

ni pakwe alang, si azri datang beraya sebelum dia pulang ke kampung halamannya..bz keje woo



ni kengkawan yang datang..yang tak berapa nak kenal pun datang..ade anep, wahid, helmi, hakimi, wanas wif husband, husaini, faizal(tak pasti) dan ghazali

Fitrah Manusia

Cinta amat mahal takrifnya.........

itulah yang difitrahkan oleh ALLAH S.W.T kepada hambanya.........

Cinta hanya tertulis pada perkataan tapi gagal dilihat pada zahirnya.......

Kerana cinta itu tanggungjawab di mana wujudnya kesetiaan dan kejujuran di dalamnya dan ingatlah pada yang satu, jujur pada yang setia, kasih pada yang rindu, rindulah pada yang menyayangimu.........

Cinta tak akan datang kalo tak dicari, cinta juga tak akan dapat kalo tiada sape yang memberi...

Tapi mencari biarlah pada yang sudi, bukan meminta pada yang simpati....

"Dulu aku BUTA tentang CINTA, aku sangka CINTA itu sepatutnya BUTA, hakikatnya CINTA itu CELIK dan lebih BERKESAN apabila CINTA itu CELIK dan apabila aku CELIK tentang CINTA"

Kisah Tauladan

Aku nak berkongsi satu kisah yang aku bace ni..kisah nabi Ismail
"Ganti Daun Pintu"
. Semoga jadi iktibar untuk kita semua ye. Antara petikan kisah ini ialah


" walaupun nabi Ismail sudah menjadi dewasa dan telah berkeluarga, Nabi Ibrahim ayahnya tidak lupa menjenguknya sekali sekala bila ia sudah rindu kepada puteranya. Pada suatu ketika dalam kunjungannya ke Makkah, datanglah nabi Ibrahim menjenguk Ismail di rumahnya tetapi ia hanya dapat bertemu dengan isterinya, kerana nabi Ismail pada masa itu tidak ada di rumah. Dalam percakapan dan atas pertanyaan nabi Ibrahim, isteri nabi Ismail berkeluh kesah tentang keadaan rumahtangganya dan kehidupan sehari-hari yang melarat, sehingga ia tidak dapat menjamu tamu tuanya itu dengan sesuatu hidangan. Nabi Ibrahim lalu meminta dan berpesan kepada anak menantunya agar menyampaikan salamnya kepada Ismail dengan disertai nasihat supaya

ambang pintu rumahnya perlu diubah dan diganti"


Kesimpulannya buat sahabat-sahabat sebagai peringatan bersama, kita janganlah sewenangnya mengadu perihal rumah tangga sekalipun mereka adalah ibu bapa, saudara mara mahupun kawan karib kerana mereka adalah musuh yang hendak menghancurkan rumahtangga anda. Jadi apepun moral of the story untuk peringatan aku nih yang bakal berkahwin (huhu) kenalah jaga kerahsiaan suami isteri walaupun ribut topan yang melanda kerana

"sesungguhnya jihad seorang isteri itu adalah menjaga suaminya dengan baik"
- maksud sabda Rasulullah s.a.w

;;

Perhatian!!